Pada 1 dan 2 November 2014, para pelajar dari Universiti Taylor yang terdiri daripada pelbagai negara telah mengadakan satu program homestay selama 2 hari 1 malam di Homestay Klawang bertempat di Kampung Ulu Jelebu. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk aktiviti yang menjadi tarikan utama pengunjung di Homestay Klawang iaitu menangkap ikan tanpa alatan, mandi di Empang Batu dan Malam Kebudayaan yang mempersembahkan tarian tradisional Negeri Sembilan. Di bawah adalah gambar-gambar para pelajar sepanjang berada di Homestay Klawang.
Para pelajar dari Universiti Taylor yang baru tiba mula memenuhi ruangan legar balai raya
Para pelajar mula diarak masuk menuju ke dewan terbuka untuk taklimat program
Pelajar mula mengambil tempat
Antara VIP yang dijemput pada hari tersebut.
Dari kiri: Encik Fazli (Pengerusi Homestay Klawang), Cik Sophie (Pengiring para pelajar) dan Encik Abu Zarin (Ketua Kampung Ulu Jelebu)
Ucapan alu-aluan oleh Encik Fadzli
Para pelajar turut desediakan minum pagi sebelum sesi pembahagian keluarga angkat
Para pelajar dan hadirin turut dihiburkan dengan iringan muzik tradisional Negeri Sembilan
Sesi pembahagian keluarga angkat dimulakan dengan Keluarga Encik Zulkafli
Aktiviti dimulakan pada sebelah petang dengan aktiviti 'Jungle Tracking'. Para pelajar dibawa melalui kawasan denai kampung sebelum menuju ke Empang Batu.
Aktiviti seterusnya berlangsung di Empang Batu, di mana para pelajar dikehendaki menangkap ikan tanpa alatan atau lebih dikenali sebagai Mengoca Ikan oleh penduduk kampung..
Antara ikan yang berjaya ditangkap oleh salah seorang pelajar
Selepas mengoca ikan, aktiviti seterusnya ialah Cempogho, atau dikenali sebagai mandi sungai. Ia boleh dikatakan sebagai aktiviti wajib bagi para pengunjung mahupun penduduk tempatan kerana air sungai nya yang sejuk dan nyaman menjadi tarikan
Pada sebelah malam pula, bermula jam 8.30 malam, aktiviti Malam Kebudayaan diteruskan dengan persembahan Tari Indang dan muzik Caklempong yang memainkan lagu-lagu tradisional Negeri Sembilan
Para pelajar kemudiannya dikehendaki untuk membuat persembahan tarian yang sama
Adik-adik Tari Indang sedang mengajar para pelajar gerak tari untuk tarian tersebut
Aktiviti pada malam tersebut diakhiri dengan para pelajar mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebelum pulang ke rumah keluarga dan bertolak pulang pada keesokan harinya.