Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah
cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan
Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak
Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab
bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri
Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri
Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak
kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah
galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan
beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat
bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah
Beradat".
Koleksi dan Galeri
Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia
Galeri ini menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan
konsep adat, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di
Malaysia.
Galeri Aras Satu – Kitar Hidup
Paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia
termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta
amalan ritual masyarakat di Malaysia serta muzik sebagai manifestasi
adat.
Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa
Aras ini mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultanan Raja-raja Melayu.
Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih
Merupakan segmen khusus tentang adat merantau masyarakat Minang dari
Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat
Perpatih dari sudut struktur sosial.
Hari dan Masa Lawatan
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Bayaran Masuk
Percuma
Lawatan Berpandu
Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh staf Muzium
berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan
& rombongan sekolah. Sila hubungi 06-6136621 untuk makluman lanjut.
0 comments:
Post a Comment