Bercempogho di Empangan Batu Ulu Jelebu

Cempogho adalah aktiviti yang melibatkan air dimana semua orang terlibat.

Jeram Enggang

Jeram yang menarik untuk dilawati dan masih terpelihara daripada pembangunan.

Cak Lempong

Salah satu muzik tradisional yang mengasyikkan.

Mengoca

Mengoca aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan.

Bersama keluarga angkat

Bersama keluarga angkat adalah salah satu pengisian dalam program homestay.

Showing posts with label muzium adat. Show all posts
Showing posts with label muzium adat. Show all posts

Sunday, 9 September 2012

Muzium Adat


Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat".

Koleksi dan Galeri


Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia
Galeri ini menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan konsep adat, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di Malaysia.

Galeri Aras Satu – Kitar Hidup
Paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual masyarakat di Malaysia serta muzik sebagai manifestasi adat.

Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa
Aras ini mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultanan Raja-raja Melayu.

Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih
Merupakan segmen khusus tentang adat merantau masyarakat Minang dari Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat Perpatih dari sudut struktur sosial.

Hari dan Masa Lawatan


Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk


Percuma

Lawatan Berpandu


Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh staf Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah. Sila hubungi 06-6136621 untuk makluman lanjut.