Bercempogho di Empangan Batu Ulu Jelebu

Cempogho adalah aktiviti yang melibatkan air dimana semua orang terlibat.

Jeram Enggang

Jeram yang menarik untuk dilawati dan masih terpelihara daripada pembangunan.

Cak Lempong

Salah satu muzik tradisional yang mengasyikkan.

Mengoca

Mengoca aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan.

Bersama keluarga angkat

Bersama keluarga angkat adalah salah satu pengisian dalam program homestay.

Sunday, 9 September 2012

Makam Moyang Salleh

Mengikut catatan A. Caldecott (1912), Moyang Salleh ialah Penghulu Jelebu yang ketiga selepas To’ Gombak (dari Pagarruyong) dan To’ Mentunggang. Ketika Moyang Salleh menjadi penghulu, pada tahun 1757, terjadi peristiwa pembunuhan Siamat anak Penghulu Rembau atas perintah Sultan Johor. Kejadian ini berlaku kerana timbul salah faham ekoran keengganan Orang Kaya Kecil Rembau mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan Baginda. Untuk mengelakkan peristiwa yang serupa tertimpa ke atasnya, maka Moyang Salleh diiringi empat hulubalang yang gagah berani iaitu To’ Beruang Hitam, To’ Laut Api, To’ Bauk, dan To’ Gagah Lela Perkasa telah pergi ke Johor bertujuan menyatakan bantahan terhadap hukuman yang dilaksanakan Sultan.

Ketika sampai di perkarangan istana, kerana tidak diendahkan oleh Sultan, Moyang Salleh mempamerkan kehandalannya dengan menggunakan jubahnya sebagai payung menahan hujan lebat yang turun tujuh hari tujuh malam daripada membasahi pondok mereka. Manakala, hulubalang yang mengiringi Moyang Salleh menunjukkan kesaktian mereka, antaranya dengan menyemburkan api yang marak dari mulut, menggoyangkan pohon kelapa dan menggegarkan Istana Sultan. Akur kepada kehebatan Penghulu dari Jelebu itu, Sultan menerimanya mengadap. Setelah melakukan perundingan, Sultan telah memperkenankan anugerah Dato’ Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu kepada Moyang Salleh. Bahkan lebih daripada itu, Sultan memutuskan bahawa Jelebu tidak perlu lagi bernaung di bawah kekuasaan Baginda.
 
Persitiwa ini dikenali sebagai memutuskan tali ke Johor’. Kini, gelaran yang terpakai untuk Undang Jelebu ialah Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, asal daripada gelaran yang diperoleh Dato’ Moyang Salleh. Makam Undang Jelebu yang terbilang ini terletak di perkuburan Kampung Bandar Tinggi, lebih kurang empat kilometer dari bandar Kuala Klawang. Ia mudah dicam kerana tumbuh sepohon kayu yang besar dan rendang di atas pusaranya. 50 meter menghala ke pusara berkenaan, terletak sebuah meriam lama kepunyaan Dato’ Undang Abdullah.

Gambar Makam  Moyang Salleh.




Gambar Perasmian Homestay Klawang

Suasana dan keadaan semasa perasmian Homestay Klawang oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menteri besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 9 Mac 2011.








Istimewa - Musim Durian

Musim durian di Homestay Klawang akan tiba. Dijangka durian akan gugur pada penghujung bulan November 2012 sehingga awal Disember 2012. Dibawah gambar bunga durian terkini.

Cak Lempong Homestay Klawang

Saksikan kumpulan cak lempong Homestay Klawang ketika sedang berlatih.

Sejarah Homestay

Homestay Klawang Homestay ini telah ditubuhkan pada 25 September 2008 dan merupakan homestay ke 8 yang diwujudkan di Negeri Sembilan. Jelebu merupakan Daerah yang cantik dan menarik serta juga kaya dengan tradisi yang datangnya dari Pulau Sumatera, Indonesia iaitu “ Adat Perpatih “. Adat Perpatih ini merupakan adat yang sebenar mereka amalkan. Daerah jelebu dikelilingi oleh Hutan Khatulistiwa yang menghijau. Dengan suasana persekitaran yang mengekalkan alam semulajadi dan budaya Adat Perpatih, Homestay Klawang mempunyai satu keunikan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama mengecapi suasana kampung yang masih terpelihara alam semulajadinya dan mengekalkan ciri-ciri tradisinya. Homestay Klawang terletak di Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. 78 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer dari Seremban dengan anggaran masa perjalanan hanya mengambil masa selama 20 minit dari bandar Seremban dan 40 minit dari KLIA. Untuk sampai ke homestay ini, anda boleh mengambil perkhidmatan teksi sewa atau bas dari Terminal 1 di bandar Seremban.Jika anda ingin memandu sendiri, anda boleh memandu melalui jaringan Lebuh Raya Bukit Tangga sehingga tiba di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Dari Ampang Kuala Lumpur melalui Jalan Genting Press dan terus ke pekan Kuala Klawang. Dari Kuala Pilah Melalui Simpang Pertang dan dari Karak melalui Simpang Durian. Setibanya di Pekan Kuala Klawang, terdapat banyak papan tanda tunjuk arah yang akan membantu anda untuk mudah sampai ke Homestay Klawang ini.

Tuesday, 3 July 2012

Permainan Tradisional @ Homestay Klawang

Aktiviti permainan tradisional bersama pelajar UUM bersama 2 program bergabung... Program 1 Tompek & Program Jojak Popatih Waghih Bobudi...

















Monday, 2 July 2012

Program 1 Tompek bersama pelajar UUM

Program pelajar UUM bersama Homestay Klawang.