Bercempogho di Empangan Batu Ulu Jelebu

Cempogho adalah aktiviti yang melibatkan air dimana semua orang terlibat.

Jeram Enggang

Jeram yang menarik untuk dilawati dan masih terpelihara daripada pembangunan.

Cak Lempong

Salah satu muzik tradisional yang mengasyikkan.

Mengoca

Mengoca aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan.

Bersama keluarga angkat

Bersama keluarga angkat adalah salah satu pengisian dalam program homestay.

Wednesday, 17 July 2013

Pamplet Homestay Klawang terbaru

Pamplet Homestay Klawang yang terbaru. Boleh download disini / paparkan disini.

Wednesday, 8 May 2013

Permainan Tradisional - Batu Seremban


Permainan  Batu Seremban


Pengenalan


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Tuesday, 19 March 2013

Program Belia Negera China ke Jelebu di Homestay Klawang

Program Belia Negera China ke Jelebu di Homestay Klawang ini adalah program dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang mana ianya berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 23 -25 Septembar 2012.






















Wednesday, 13 March 2013

Jojak Popatih Waghih Bobudi (2-5 Julai 2012)

Program Jojak Popatih Waghih Bobudi Anjuran: Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PEMANIS) UUM Bertempat di Homestay Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada 2 hingga 5 Julai 2012.
Cak lempong di Homestay Klawang















Tuesday, 11 September 2012

Tempahan Dalam Talian

Homestay Klawang kini boleh ditempah secara dalam talian bagi mempercepatkan dan melancarkan proses tempahan. Sila lawat sini untuk tempahan online

Sunday, 9 September 2012

Masjid Kampung Dulang



MASJID KUALA DULANG
Terbina di pinggir tebing sungai di Kampung Peninjau, kira-kira lima kilometer dari bandar Kuala Klawang, masjid ini merupakan yang tertua di daerah Jelebu. Pembinaannya dipercayai diasaskan Dato’ Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang dikatakan mula-mula menyebarkan agama Islam di daerah Jelebu. Kedua-duanya dianggap peneroka yang membuka Kampung Peninjau.
Masjid Kuala Dulang yang ada sekarang dikatakan asalnya sebuah bangsal beratap ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu berteduh. Didirikan pada abad ke-16, iaitu zaman awal kedatangan Islam ke Jelebu, masjid lama ini mempunyai kisah yang penuh misteri. Dipercayai asal namanya diambil natijah peristiwa kehadiran dulang berisi makanan yang tidak diketahui siapa yang menghidangkannya. Yang anehnya, walau seramai mana pun jemaah yang hadir, makanan yang sedia terhidang itu sentiasa mencukupi tanpa perlu bertambah. Kejadian itu, berlarutan beberapa tahun dan kemudiannya dulang itu hilang begitu sahaja tanpa diketahui empunyanya.
Begitulah asal Masjid Kuala Dulang mendapat namanya – peristiwa kehadiran dulang yang misteri. Masjid lama yang masih berdiri teguh ini terus digunakan oleh penduduk setempat. Walaupun ternampak kesan beberapa pengubahsuaian yang dilakukan, suasana di dalamnya agak sederhana. Melangkah masuk, menunaikan solat sunat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, anda akan berasa begitu tenag bertafakur di dalam masjid lama ini.

Muzium Adat


Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat".

Koleksi dan Galeri


Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia
Galeri ini menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan konsep adat, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di Malaysia.

Galeri Aras Satu – Kitar Hidup
Paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual masyarakat di Malaysia serta muzik sebagai manifestasi adat.

Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa
Aras ini mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultanan Raja-raja Melayu.

Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih
Merupakan segmen khusus tentang adat merantau masyarakat Minang dari Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat Perpatih dari sudut struktur sosial.

Hari dan Masa Lawatan


Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk


Percuma

Lawatan Berpandu


Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh staf Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah. Sila hubungi 06-6136621 untuk makluman lanjut.