Wednesday, 13 March 2013
Tuesday, 11 September 2012
Tempahan Dalam Talian
08:07
homestay jelebu, homestay klawang, homestay malaysia, homestay negeri sembilan, tempah homestay klawang
No comments
Homestay Klawang kini boleh ditempah secara dalam talian bagi mempercepatkan dan melancarkan proses tempahan. Sila lawat sini untuk tempahan online
Sunday, 9 September 2012
Masjid Kampung Dulang
22:45
homestay jelebu, homestay klawang, homestay malaysia, homestay negeri sembilan, masjid dulang, masjid kuala dulang
No comments
MASJID KUALA DULANG
Terbina di pinggir tebing sungai di Kampung Peninjau, kira-kira lima
kilometer dari bandar Kuala Klawang, masjid ini merupakan yang tertua
di daerah Jelebu. Pembinaannya dipercayai diasaskan Dato’ Nika dan Mudim
Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang dikatakan mula-mula
menyebarkan agama Islam di daerah Jelebu. Kedua-duanya dianggap peneroka
yang membuka Kampung Peninjau.
Masjid
Kuala Dulang yang ada sekarang dikatakan asalnya sebuah bangsal beratap
ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu berteduh. Didirikan pada abad
ke-16, iaitu zaman awal kedatangan Islam ke Jelebu, masjid lama ini
mempunyai kisah yang penuh misteri. Dipercayai asal namanya diambil
natijah peristiwa kehadiran dulang berisi makanan yang tidak diketahui
siapa yang menghidangkannya. Yang anehnya, walau seramai mana pun jemaah
yang hadir, makanan yang sedia terhidang itu sentiasa mencukupi tanpa
perlu bertambah. Kejadian itu, berlarutan beberapa tahun dan kemudiannya
dulang itu hilang begitu sahaja tanpa diketahui empunyanya.
Begitulah
asal Masjid Kuala Dulang mendapat namanya – peristiwa kehadiran dulang
yang misteri. Masjid lama yang masih berdiri teguh ini terus digunakan
oleh penduduk setempat. Walaupun ternampak kesan beberapa pengubahsuaian
yang dilakukan, suasana di dalamnya agak sederhana. Melangkah masuk,
menunaikan solat sunat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, anda akan
berasa begitu tenag bertafakur di dalam masjid lama ini.
Muzium Adat
22:38
custom museum, homestay jelebu, homestay klawang, homestay malaysia, homestay negeri sembilan, muzium adat
No comments
Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah
cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan
Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak
Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab
bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri
Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri
Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak
kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah
galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan
beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat
bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah
Beradat".
Koleksi dan Galeri
Galeri Aras Bawah – Pengenalan Adat di Malaysia
Galeri ini menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan
konsep adat, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di
Malaysia.
Galeri Aras Satu – Kitar Hidup
Paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia
termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta
amalan ritual masyarakat di Malaysia serta muzik sebagai manifestasi
adat.
Galeri Aras Dua – Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa
Aras ini mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi Kesultanan Raja-raja Melayu.
Galeri Aras Tiga – Adat Perpatih
Merupakan segmen khusus tentang adat merantau masyarakat Minang dari
Tanah Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat
Perpatih dari sudut struktur sosial.
Hari dan Masa Lawatan
Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Bayaran Masuk
Percuma
Lawatan Berpandu
Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh staf Muzium
berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan
& rombongan sekolah. Sila hubungi 06-6136621 untuk makluman lanjut.
Makam Moyang Salleh
11:27
homestay jelebu, homestay klawang, homestay malaysia, homestay negeri sembilan, moyang salleh, penghulu jelebu, sultan jelebu, tok bauk, tok beruang hitam, tok gajah lela perkasa, tok laut api
No comments
Mengikut catatan A. Caldecott (1912), Moyang Salleh ialah Penghulu Jelebu yang ketiga selepas To’ Gombak (dari Pagarruyong) dan To’ Mentunggang. Ketika Moyang Salleh menjadi penghulu, pada tahun 1757, terjadi peristiwa pembunuhan Siamat anak Penghulu Rembau atas perintah Sultan Johor. Kejadian ini berlaku kerana timbul salah faham ekoran keengganan Orang Kaya Kecil Rembau mengahwinkan anaknya Sri Banun
dengan Baginda. Untuk mengelakkan peristiwa yang serupa tertimpa ke
atasnya, maka Moyang Salleh diiringi empat hulubalang yang gagah berani
iaitu To’ Beruang Hitam, To’ Laut Api, To’ Bauk, dan To’ Gagah Lela Perkasa telah pergi ke Johor bertujuan menyatakan bantahan terhadap hukuman yang dilaksanakan Sultan.
Ketika sampai di perkarangan istana, kerana tidak diendahkan oleh
Sultan, Moyang Salleh mempamerkan kehandalannya dengan menggunakan
jubahnya sebagai payung menahan hujan lebat yang turun tujuh hari tujuh
malam daripada membasahi pondok mereka. Manakala, hulubalang yang
mengiringi Moyang Salleh menunjukkan kesaktian mereka, antaranya dengan
menyemburkan api yang marak dari mulut, menggoyangkan pohon kelapa dan
menggegarkan Istana Sultan. Akur kepada kehebatan Penghulu dari Jelebu itu, Sultan menerimanya mengadap. Setelah melakukan perundingan, Sultan telah memperkenankan anugerah Dato’ Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu
kepada Moyang Salleh. Bahkan lebih daripada itu, Sultan memutuskan
bahawa Jelebu tidak perlu lagi bernaung di bawah kekuasaan Baginda.
Persitiwa ini dikenali sebagai ‘memutuskan tali ke Johor’. Kini, gelaran yang terpakai untuk Undang Jelebu ialah Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, asal daripada gelaran yang diperoleh Dato’ Moyang Salleh. Makam
Undang Jelebu yang terbilang ini terletak di perkuburan Kampung Bandar
Tinggi, lebih kurang empat kilometer dari bandar Kuala Klawang. Ia mudah
dicam kerana tumbuh sepohon kayu yang besar dan rendang di atas
pusaranya. 50 meter menghala ke pusara berkenaan, terletak sebuah meriam
lama kepunyaan Dato’ Undang Abdullah.
Gambar Makam Moyang Salleh.
Gambar Perasmian Homestay Klawang
Suasana dan keadaan semasa perasmian Homestay Klawang oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menteri besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 9 Mac 2011.
Istimewa - Musim Durian
11:13
durian bukit, durian kampung, durian sedap, durian ulu jelebu, homestay jelebu, homestay klawang, homestay malaysia, homestay negeri sembilan
No comments
Musim durian di Homestay Klawang akan tiba. Dijangka durian akan gugur pada penghujung bulan November 2012 sehingga awal Disember 2012. Dibawah gambar bunga durian terkini.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































