MASJID KUALA DULANG
Terbina di pinggir tebing sungai di Kampung Peninjau, kira-kira lima
kilometer dari bandar Kuala Klawang, masjid ini merupakan yang tertua
di daerah Jelebu. Pembinaannya dipercayai diasaskan Dato’ Nika dan Mudim
Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang dikatakan mula-mula
menyebarkan agama Islam di daerah Jelebu. Kedua-duanya dianggap peneroka
yang membuka Kampung Peninjau.
Masjid
Kuala Dulang yang ada sekarang dikatakan asalnya sebuah bangsal beratap
ijuk yang menjadi tempat pendakwah itu berteduh. Didirikan pada abad
ke-16, iaitu zaman awal kedatangan Islam ke Jelebu, masjid lama ini
mempunyai kisah yang penuh misteri. Dipercayai asal namanya diambil
natijah peristiwa kehadiran dulang berisi makanan yang tidak diketahui
siapa yang menghidangkannya. Yang anehnya, walau seramai mana pun jemaah
yang hadir, makanan yang sedia terhidang itu sentiasa mencukupi tanpa
perlu bertambah. Kejadian itu, berlarutan beberapa tahun dan kemudiannya
dulang itu hilang begitu sahaja tanpa diketahui empunyanya.
Begitulah
asal Masjid Kuala Dulang mendapat namanya – peristiwa kehadiran dulang
yang misteri. Masjid lama yang masih berdiri teguh ini terus digunakan
oleh penduduk setempat. Walaupun ternampak kesan beberapa pengubahsuaian
yang dilakukan, suasana di dalamnya agak sederhana. Melangkah masuk,
menunaikan solat sunat dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, anda akan
berasa begitu tenag bertafakur di dalam masjid lama ini.
0 comments:
Post a Comment